Pelajaran Ilmu Perobatan

Pelajaran Ilmu Perobatan

Mukadimah dari Perawat,

Asalamualaikum, saya Hadinata, mewakili Dr Rashidin untuk menulis beberapa catatan untuk khursus rawatan di ruang ini. Saya salah satu mantan siswa Darul Hikmah (DH) dan telah melibatkan diri dalam dunia  perobatan selama 5 tahun setelah 3 tahun mempelajari ilmu dan 2 tahun menjadi perawat DH sehingga sekarang. Meskipun begitu, tidak saya nafikan masih banyak lagi yang perlu saya pelajari dari DH untuk peningkatan ilmu pengetahuan di bidang ini. Tetapi program di DH amat lengkap untuk menjadikan anda perawat yang efektif.

Setelah mengikuti program ini setelah sekian lama, saya telah meraih manfaat yang banyak sehingga boleh dikatakan saat ini, saya telah menjadi perawat yang mandiri (independent) tanpa harus gegabah apabila berhadapan dengan situasi rumit. Di DH, siswa akan mempelajari lebih dari Ilmu perobatan. Ini penting, kerana ketenangan dan kematangan adalah mustahak kerana ia menjadi teras kekuatan seorang perawat. Tetapi, itu hanyalah sejumlah sahaja 'prerequisite' untuk menjadi seorang perawat. Aspek ini akan dilatih Di DH, selain ilmu perobatan.

Pada ujung-ujungnya saya telah mempelajari ilmu perobatan sekalian mempelajari bagaimana untuk mengharungi cabaran hidup sebagai perawat dan perolehi pengalaman yang tak dapat saya beli dengan uang ringgit.

Saya yakin, mereka yang mempunyai aspirasi untuk menjadi perawat Islam Insya Allah tidak akan kecewa dengan pelajaran yang ditawarkan DH. selagi mereka ikhlas dan jujur...

Mereka yang telah tamat tempoh latihan dan lulus sesi interview akan kemungkinan dilantik untuk menyertai Tim Perobatan Darul Hikmah.

Oleh kerana tempat terhad, kami perlu membuat pemilihan ketat. Sesi Interview bagi mereka yang lulus program Asas akan dinilai dari beberapa aspek. Secara peribadi, saya syorkan supaya mereka yang mempunyai aspirasi untuk menjadi perawat siap dengan syarat berikut:  

1) Mentality - perawat harus sentiasa siap berada didalam keadaan yang dinamis dan berubah-ubah. Hidup anda tidak akan sama seperti dulu lagi. Anda akan diperkayakan dengan Ilmu pengetahuan perobatan dan kerohanian sekaligus memikul beban dan amanah yang berat.

2) Hafalan tehnik Rawatan - setelah tamat pengajian, bakal perawat harus ambil berat tentang pelajarannya DAN tahu apa yang dia akan lakukan ke atas pasien. Tidak boleh malas.  (It is better to train one technique a thousand times than practice a thousand techniques only once.)

3) Rendah Diri dan Hormat sesama Perawat - Layaknya seorang siswa, harus siap menerima arahan dan nasihat walaupun sudah mempunyai ilmu sebelum menjadi siswa. 

 Kami menawarkan khursus-khursus perobatan tahap Asas hingga tahap Perawat. Sangat sesuai bagi mereka yang ingin mempelajari perobatan dan selok-beloknya. Pelatih akan memastikan siswa akan dilatih secara bertahap-tahap sehingga boleh merawat dengan sendiri.

Akhir kata dari saya, Selamat bergabung. Welcome on board..

 

Sila Hubungi Kami untuk mengetahui module perobatan dengan lebih lanjut. Secara am nya, deskripsi subjek adalah seperti berikut:

 Latihan Perubatan Islam dan Tradisional Melayu selama 6 bulan bagi individu-individu yang berminat. Latihan ini akan dilangsungkan secara jarak jauh selama masa latihan itu dan setiap minggu pelajar akan menerima email yang memuat-turun video program latihan untuk minggu tersebut, berserta notanya sekali. 

Program latihan ini bermatlamat untuk melatih pelajar dalam merawat masalah-masalah zahir serta batin dan juga ilmu pendinding diri dari terkena masalah-masalah tersebut. Latihan dengan video dapat lebih memberi pemahaman pada pelajar kerana dengan kaedah-kaedah sebegini, latihan akan dapat ditunjukkan dengan terang.

Kursus latihan ini amat digalakkan kepada individu-individu berikut:

  • mereka yang berminat menceburi bidang perubatan tradisional
  • mereka yang ingin merawat sanak saudara dan keluarga sendiri; dan
  • mereka yang ingin meningkatkan ilmu pengetahuan diri

 Antara kandungan latihan:

1) Ilmu Tenaga Dalam Pernafasan untuk membangkitkan tenaga penyembuhan
2) Ilmu Alin Telur Tengok Penyakit
3) Ilmu Terawangan
4) Ilmu Pengubatan Hikmah
5) Ilmu Gerak Ghaib
6) Ilmu Pernafasan Kesihatan
7) Cara Membuat Air Asma
8) Ilmu Pengubatan Melayu
9) Ilmu Pengasih
10) Ilmu Bakar Penyakit
11) Ilmu Penawar Racun, bisa dan santau
12) Ilmu Aura

13) Kaedah Keluarkan susuk
14) Ilmu Bismillah 5
15) Ilmu Bismillah 6
16) Ilmu Sirih Sembur
17) Ilmu Mandi Asma

18) Ilmu Alin Penyakit pakai Telur
19) Ilmu Mandi-mandian
20) Ilmu Firasat Batin
21) Ilmu Minta Petunjuk Ghaib

22) Pengubatan Jarak Jauh
23) Ilmu Jabat Insan
24) Ilmu Pagar Ghaib
25) Ilmu Kesan penyakit dengan Al-Fatehah
26) Ilmu bangkitkan inti tenaga dalam
27) Ilmu Gerak Ghaib
28) Ilmu Terang Hati

29) Ilmu 30 huruf
30) Ilmu Jabat Al-ikhlas
31) Do’a Raja Penawar
32) Ilmu Puter Giling
33) Cara isi tenaga dalam pada pesakit/ buka kunci energy negatif pada pesakit
34) Cara isi tenaga dalam pada orang lain
35) Ilmu Sangkal Putung
36) Ilmu zikir khusus untuk pesakit
37) Ilmu minyak perubatan dan minyak pengasih dan penunduk
38) Petua ambil ubat
39) Ilmu Bismillah
40) Ilmu Al-fatehah

41) Ilmu Pendinding
42) Ilmu Nur Maunah Allah
43) Ilmu Nur Muhamad
dan lain-lain.

Yuran latihan ini adalah SGD$170 untuk bulan pertama, termasuk yuran pendaftaran, dan SGD$120 setiap bulan, untuk bulan-bulan berikutnya selama 5 bulan.

Bagi individu yang tiada langganan internet, kami akan kirimkan filenya dalam bentuk CD dengan harga posnya di tanggung individu itu sendiri.

Latihan praktikal juga dapat dirundingkan pada individu yang berminat setelah menamatkan pelajaran perubatan ini. Sijil pengiktirafan juga akan di berikan pada pelajar-pelajar yang tamat latihan ini.


 

Jika berminat sila hubungi kami mengunakan feedback form.

Search site

© 2011 All rights reserved.