Modus Rawatan Di darul Hikmah

Di Darul Hikmah, rawatan yang di jalankan adalah sebagai berikut:

Rawatan untuk Membantu penyakit medis (medical condition)

a) Urut Tradisional - Kaedah urut badan cara tradisional Melayu. Ini dapat membantu merawat sengal-sengal serta lenguh-lenguh badan, keseliuh, bengkok, sakit kepala, penyakit urat saraf, membuang angin, lemak serta lendir, dan juga dapat menjaga kesihatan tubuh.

b) Bekam - Bekam adalah satu kaedah untuk mengeluarkan darah serta kotoran atau toksin dari tubuh kita. Kaedah ini adalah salah satu sunnah Nabi Muhamad s.a.w. Kaedah ini sangat baik untuk menjaga diri kita dari berbagai macam penyakit yang memudaratkan pada hari-hari tua nanti.

c) Gurah - Ini adalah satu rawatan tradisional Melayu yang dapat membantu untuk berbagai masalah seperti resdung, sakit mata, masalah perut, juga masalah pernafasan seperti semput, batuk kering dan lain-lain. Gurah terbagi kepada empat, gurah mata, hidung, perut dan vagina.

d) Jabat Urat - Ini adalah kaedah merawat masalah penyakit lelaki seperti lemah tenaga batin, masalah saiz, masalah kekerasan dan lain-lain. Jabat Urat juga dapat membantu untuk masalah sexual wanita seperti masalah zuriat.

e) Herba - Kaedah rawatan menggunakan produk alami seperti tongkat ali, dan lain-lain herba melayu dan china.

f) Homeopathy

g) Vitamin - Antara lain menggunakan Vitamin C, E yang diperlukan tubuh untuk berfungsi dengan sempurna.

Rawatan untuk Membantu penyakit non-medis (spiritual healing)

a) Terapi Ruqyah untuk gangguan Jin dan Syaitan.

b) Thibbun Nabawi: Ilmu Herba anjuran Rasulullah SAW.

c) Perobatan Ilm-al Hikmah.

d) Perubatan Hujjatul Aufaq Imam Ghazali.

d) Kaedah Perubatan Tenaga Dalam: Tenaga Dalam dari olahan nafas dapat di gunakan untuk merawat penyakit zahir serta bathin. Ia juga dapat membantu untuk memperbaiki perjalanan tenaga atau 'chi' dalam tubuh kita agar penyakit yang kita rasai dapat di ubati sendiri oleh tubuh kita.

f) Terapi Al-Quran:  Kaedah rawatan dengan menggunakan ayat-ayat Quran atau do’a untuk merawat berbagai macam penyakit. Kaedah ini telah di buktikan keberkesanannya. Kami akan merumuskan metode paling berkesan dan tercepat.

Tidak semua yang tertera dalam website ini akan digunakan untuk penyembuhan anda dalam satu masa. Ini untuk menjimatkan waktu. Kami mempunyai protokol gabungan untuk masalah-masalah unik dan spesifik.

Package Rawatan Darul Hikmah

Penyembuhan Jarak Jauh

Penyembuhan Jarak Jauh
 Kini kami telah hadir dengan Servis Penyembuhan Jarak Jauh bagi mereka yang tidak dapat datang langsung ke pusat rawatan kami. Sangat sesuai bagi mereka yang berada di luar Singapura. Penyembuhan Jarak Jauh ini adalah salah satu cara untuk mengubati pesakit yang sangat tenat dengan...
>>

Jabat Urat

Jabat Urat
 Jabat urat Angin pasang adalah teknik Urut yang merawat masalah 'Lemah Tenaga Batin'. Masalah kaum adam seperti ini memang tidak seharusnya didiamkan kerana akan menjejas hubungan rumah tangga. Untuk memperolehi kesan optima, Pesakit disarankan menjalani 7 sesi rawatan. Rawatan termasuk kos...
>>

Rawatan Saka

Rawatan Saka
Gangguan Saka adalah istilah yang diberikan untuk gangguan jin yang datang dari ilmu amalan keturunan sebelumnya. Gangguan saka boleh menyebabkan masalah dan salah satunya menyebabkan hubungan rumah tangga seakan 'panas'. Kami mempunyai protokol untuk menangani masalah saka keturunan. Sila hubungi...
>>

Rawatan untuk pengantin

Rawatan untuk pengantin
Package Rawatan pengantin adalah sangat sesuai bagi pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga. Rawatan ini di rumus khasnya untuk pria dan wanita untuk memastikan Ketrampilan dan kesihatan optimal menjelang hari perkahwinan. 
>>

Jabat Urat Angin Ahmar

Jabat Urat Angin Ahmar
Jabat Urat angin Ahmar adalah sejenis teknik urut yang dapat membantu mereka yang mempunyai masalah angin ahmar. Kaedah ini dapat mengurangkan kadar angin-ahmar dengan efektif insya-Allah dengan gabungan herba, nutrisi yang sesuai.
>>

Susuk Ayat

Susuk Ayat
Susuk ayat bukan menggunakan susuk yang di masukkan ke dalam kulit seperti jarum dan yang lain-lain. Aman dan tidak mempunyai pantang larang. Energy Pengisian TIDAK MENGUNAKAN ILMU KHODAM. Pengunaan kata 'Susuk' pada produk adalah pada namanya sahaja. Pengunaannya adalah untuk perbaiki aura...
>>

Rawatan Sihir

Rawatan Sihir
Sihir adalah suatu perbuatan khianat yang dilakukan keatas seorang individu dengan tujuan untuk menghancurkan dirinya sama ada dari sisi emosi atau fisikal. Mereka yang menjadi mangsa sihir kadangkala tidak menyadari hakikat dirinya disihir sehinggakan sudah terlambat. Islam melarang keras untuk...
>>

Bedah Hakikat

Bedah Hakikat
Bedah hakikat adalah satu jenis ilmu yang mengunakan Tenaga dalaman diri untuk membuat pembedahan ke atas penyakit fisik dan non-fisik. Pembedahan tidak memotong, menyayat, menguris pesakit hanya dengan pembedahan tenaga iaitu 'memotong' mengunakan ayat-ayat suci Al-Quran dan pancaran tenaga dalam....
>>

Feng-Shui Melayu

Feng-Shui Melayu
Feng Shui melayu kami adalah ilmu rajahan arab dan tidak ada bersangkut dengan Budaya cina (Konteks feng shui di sini adalah namanya sahaja). Ia adalah salah satu kaedah untuk menyusun semula posisi barangan di rumah untuk menyesuaikan energy positif masuk ke rumah dan menghindarkan masuknya energy...
>>

Pelajaran Perobatan

Pelajaran Ilmu Perobatan

Pelajaran Ilmu Perobatan
Mukadimah dari Perawat, Asalamualaikum, saya Hadinata, mewakili Dr Rashidin untuk menulis beberapa catatan untuk khursus rawatan di ruang ini. Saya salah satu mantan siswa Darul Hikmah (DH) dan telah melibatkan diri dalam dunia  perobatan selama 5 tahun setelah 3 tahun mempelajari ilmu dan 2...
>>

Search site

© 2011 All rights reserved.